wElcOmE~

welcome 2 this site....
inilah first blog sy....x de la speacial sgt, just simple2 jerk..^^
site ni plk sy buat utk memenuhi mse lpg n suke2 nk buat..huhu
mmg byk lagu n video kt dlm nie, coz sy mmg minat dgr lagu..:)
harap korang yg visit kt snie....enjoy la layan lagu, video n cerita2 yg sy sediakan okey~
klu nak comment ape2 or nk bg saranan...boleh la tlz di ruangan 'chatting area'.....
alright la...tue je nk bg taw kt kowrg....
papai.....:-h

sorry sorry ~ super junior (korea)

RING DING DONG

Keikhlasan 3 pemuda

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menceritakan,
pada suatu hari ada 3 orang pemuda pengembara yang terperangkap dalam sebuah gua. Lalu ketiga mereka berdoa kepada Allah agar dapat mengalihkan batu besar yang menutup pintu gua itu.
pemuda yang bertama mula bercerita tentang amalan yang telah dilakukannya terhadap keluarga. Dia adalah seorang pengembala kambing. Susu yang diperolehi daripada kambing itu akan diberi minum kepada kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum di beri kepada isteri dan anaknya.
Walaupun anaknya menangis kelaparan, dia tetap mengutamakan kedua orang tuanya. Lalu dia pun berdoa kepada Allah jika amalan itu adalah satu kebajikan, keluarkan mereka dari gua itu. Dengan kuasa Allah, batu itu beralih sedikit tetapi mereka masih tidak dapat keluar.
Kemudian, pemuda yang kedua menyambung ceritanya. Dia terpikat dengan anak pak ciknya sendiri yang sangat cantik. Pada satu ketika, dia tidak lagi dapat mengawal dirinya lalu cuba menggoda gadis itu. Lalu gadis itu menegahnya dengan berkata, "Tidakkah kamu takut kepada Allah? masih ada cara yang halal untukmu iaitu berkahwin denganku"
Lalu pemuda itu menguburkan keinginannya kerana sedar akan kesilapannya.
Dia pun berdoa kepada Allah,"ya Allah, jika Engkau menilaitindakan saya itu sebagai sati amal kebajikan, maka lepaskanlah saya dari ancaman bahaya ini." Dengan kuasa Allah, batu itu bergerak sedikit tetapi mereka masih tidak dapat keluar.
Pemuda yang ketiga pula bercerita. Dia mempunyai seorang buruh yang sudah lama tidak datang menemuinya untuk menuntut gaji yang masih belum dibayar. Wang buruh itu digunakan untuk membeli seekor kambing dan dipeliharanya sehingga banyak anaknya.
Pada suatu hari, buruh itu datang untuk menuntut gajinya kerana dia kesempitan wang. Lalu, pemuda itu menunjukkan lapangan yang luas dipenuhi oleh beratus ekor kambing. Buruh itu menyangka tuannya itu hendak mempermainkannya tetapi setelah diterangkan, buruh itu sangat terkejut dan kesemua kambing itu diserahkan kepadanya.
Pemuda itu tidak mengambil walau seekor pun kambing itu kerana itu bukan haknya.
Lalu pemuda itu berdoa,"Ya Allah, jika Engkau redhai perbuatan saya itu sebagai amalan kebajikan, maka berilah pertolongan supaya saya dapat keluar dari dalam gua ini."
Setelah selesai berdoa, maka batu yang besar itu pun beralih dan mereka dapat keluar dari gua itu dengan selamat.

Moral: lihatlah betapa besarnya balasan orang yang ikhlas dalam beramal. Ianya dapat membantu kita sewaktu dalam kesusahan.

1 comments:

syiera said...

cerita ini dipetik drpd buku 'ubat hati' dr ustazah Siti Nor Bahyah Mahammod

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~sweet blogger~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.